ads

How to make Money Online?

Love Tips

Tuesday, October 27, 2009

Kasih yang kau Beri.....Part 4







Namun begitu aku selesa bersamanya dari segi perbualan. Kadang-kadang tiada topik yang hendak dibincangkan kerana die pendiam dan hanya aku yang mengajukan soalan. Pada mulanya berkawan kita berasa cukup selesa. Aku dan Kau adalah satu perkataan yang best untuk dibuat bahan lawak tp klo da sampai sayang-sayang mmg aku da susah nak buat lawak. Huhuhu..apelar aku ney..gembira lak aku menaip menda alah ney! Aisyah adalah bekas pelajar kelas aku dlu.. mase form 5 dan aku jugak dlu selalu jugak belajar bersama kawan-kawan sekelas. Dlu r kira aku ni antara pelajar yang terpandai sekali lar dalam kelas. Pandaila sgtkan. Well you know me! Ehehem..ehem… jadi selalu lar pempuan suke bertanya-tanya pasal kimia, Additional mate..tu yang jdi tersangkut-sangkut 2..hehe..klo nak dijadikan cerita..mcm2 perkara berlaku time aku kat sekolah..bley ketawa pai hilang sape yang ader sakit sembelit. Huhu.. tp skg ni bab cintan-cintan..Dlu time sekolah, aku xpnh lupa pakai songkok, jd org ngkla anak sapelar yang baik ney pakai songkok..Sudah-sudah, kita masuk plak bab serius. Seperti bese aku berhubung dengan Aisyah dan sebelum aku bersama die.Si liyana ni ader penah telefon aku secara tetibe mengadu pada aku yang tempat die Practikel tidak mempunyai bantal. Menangis-nangis dalam telefon. Aku x sampai hati. Aku berkata pada die yang aku datang. Aku memulakan pergerakkan aku dengan meminjam moto kawan rapatku Ahmad Akmal A.K.A pingu. Aku bergerak ke econsave untuk membeli bantal. Aku membeli bantal yang berharga 11 ringgit. Aku membawa bantal tersebut. Empuknyaaa! kataku, Bantal aku pun x empuk camni. Leper jek bantal aku. Ketika aku menggendong bantal yang empuk tersebut aku terperasan satu rantai leher yang menarik minat aku untuk diberikan padanya. Walaupun da clash aku still lagi belikan sesuatu untuknya. Xpam aku ni..Betik betul..Aku bayar 45 ringgit untuk membeli rantai silver tersebut yang berhias batu pink lambang ‘LOVE’.
Aku melabuhkan punggungku di atas moto untuk memulakan perjalananku ke Hospital Sultan Ismail di tebrau Johor dengan bantal yang empuk di bakul. Aisyah tidak mengetahui tentang ape yang aku buat kerana tika itu aku tidak mempunyai sebarang hubungan as a Lover. Klo tau jeles die t. Aku siap tersesat lagi pada mulanya tp akhirnya tiba juga di tempat praktikelnya. Aku terserempak seorg mak Guard yang berjaga di hostel tersebut. Mak guard itu bertanya padaku.
‘ Anak nak jumpa siapa ni?’ mak guard melihat aku duduk di moto seperti menunggu bulan mengambang.
Aku menjawab ‘Saya nak jumpa kawan mak cik’.
Mak Guard itu bertanya ‘ Anak dari mane?’
‘Pasir gudang cik’. Jawabku.
‘Bagusnya anak ni demi kawan sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak hantar bantal’. Katanya.
Aku senyum padanya. Sambil itu mak cik tersebut mengajak aku makan pisang goring yang dibelinya bersama-sama. Walaupun perutku berkeroncong kelaparan aku tetap menolak pelawaan tersebut dan berkata :
‘mak cik makanlah , saya xpe mak cik.’ Aku senyum padanya..


No comments:

Post a Comment