ads

How to make Money Online?

Love Tips

Tuesday, October 27, 2009

Kasih yang kau Beri.....Part 1







Kasih yang Engkau Beri.

Aku seorang lelaki yang biasa yang mengharapkan satu cinta yang tulus dari hati , jujur, setia serta menerima aku dari pelbagai sudut positif ataupun negatif, mencintai aku, menyanyangi aku, berkorban apa yang termampu untuk dikorbankan. Nama aku Daniel. Sekarang umurku mencecah 20 tahun 3 minggu walaupun begitu aku tabah menunggu. Ku termenung sebentar di atas katilku bujang yang sudah lemas dgn hempapan badanku. Ku pejamkan mata sebentar dari satu sudut ku bergulung-gulung menanti tido yang nyenyak. Namun aku tidak dapat melelapkan mata ketika itu. Dalam pemikiranku.
‘Lebih baik aku imbau aper yang berlaku sebelum ni’,
‘Macam-macam berlaku pada aku dari awek pertama sampaila teman wanita aku sekarang yang bernama Norsharlinda namanya.’
Pemikiran aku serabut disebabkan hal-hal yang berlaku. Aku tidak pasti mana yang betul dan mana yang salah. Namun begitu aku akan tetap mengalah. Aku akan menceritakan segala yang berlaku dalam hidup aku. Dari segi kesetiaan, kejujuran, cinta, kasih sayang, dan pengorbanan.Aku teringat kehadiran wanita yang pertama dalam hidupku yang bernama Mastura Binti Mohd Ghazali yang lahir pada 12 Mei 1989.
‘Aku ingat semuanya lagi tapi tu semua cinta monyet’
Pada pertengahan 2005, aku mengenali seorang wanita dari teknologi terkini ketika itu iaitu chating. Aku tidak reti sangat pun chating tp entah camna ntah aku berminat semua tu. Ketika ni aku form 4. Baru setahun jagung jek tp aku mmg setia. Lepas da dapat kenal dan Mastura ni. Dia seseorang yang memahami aku, tempat aku mengadu, tempat aku berubah-ubah pendapat tp semuanya sebentar sahaja. Setelah aku kenal Mastura buat beberapa bulan. Aku luahkan yang aku suka pada die dan die pun meluahkan perkara yang sama. Tika itu aku form 4 jadi perlu belajar untuk masa depan yang cerah. Aku bagai menyesal pulak bercinta awal-awal ni tp terima jelakan.
Aku sentiasa Ok je dengan Mastura tu cume Ibu bapa aku tak suke aku asik bermesej je dgn Mastura tu walaupun begitu aku teruskanla jgk tp tak lamala. Bapak aku x lame 2 amik nset aku. Patahkan sim card aku tp aku still contact Mastura tu guna public. Caya x aku?. Aku simpan duit makan aku yang kat sekolah semata-mata untuk tepon die. Tp lama-lama aku yang terasa mcm aku ni apa plak. Lama-lama aku diamkan diri disebabkan aku tidak mampu kerana ketika itu aku berada pada umur 16tahun. Aku ubah pendirian aku dengan mendiamkan diri. Mastura still cari aku menggunakan telefon namun tak dapat contact aku kerana aku x menggunakan nset sampaila aku habiskan SPM aku.
‘Cinta monyet’ aku tau aper yang aku buat salah tp aku terpaksa pergi tanpa sebarang berita kerana tak mahu membuat die menangis kerana aku tinggalkan die tp aku mungkin x tau aper yang die rasa. Semua tu sudah berlalu.
Sekarang kisah aku dengan bekas teman wanita aku yang kedua pula. Yang ni cukup menyedihkan aku tp aku still cube bertahan dengan die. Begini mulanya.


No comments:

Post a Comment